SELAMAT MEMBACA

Sabtu, Maret 17, 2012

AL-IMAM AS-SYAFIE

Biodata Tokoh
 Nama sebenar : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, Keturunannya bertemu dengan Rasulullah sebelah datuknya Abdul Manaf (datuk ke-3 Rasulullah s.a.w. dan ke-7 beliau)
Tarikh lahir : 150H/767M
Tempat lahir : Ghizzah, dalam daerah Usqalan, di Palestin
Ibu bapanya berasal dari Makkah
Beliau dilahirkan sebagai anak yatim
Keluarganya kembali ke Makkah semula ketika beliau berusia 2 tahun
Nama ibu : Fatimah bt. Abdullah b. Hasan b. Ali b. Abi Talib
Berketurunan Quraisy
Hidup pada zaman kerajaan Abbasiyah
Dibesarkan dalam serba kemiskinan
Tarikh wafat : 29 Rejab 204H/820M (54 tahun)
Tempat dimakamkan : di sebuah masjid di Arafah, Mesir
Gelaran : As-Syafie (sempena nama datuknya Syafi’e bin As-Saib)
Bidang ilmu yang dimiliki oleh tokoh
 Al-quran dan hadis
 Bahasa Arab dan semua lahjah bahasa dan kebudayaan Arab
 Mengubah syair dan sajak
 Bidang penulisan
Sifat peribadi tokoh
 Kuat ingatan
 Sangat memuliakan guru
 Bersuaru merdu
 Seorang ahli sukan
 Bijak berbicara dan berhujah
 Tidak mudah berputus asa
 Berfikiran terbuka
Pendidikan Imam Syafie
Beliau mula belajar al-quran ketika berusia 5 tahun dengan            Imam Ismail
Berjaya hafaz al-quran pada usia 9 tahun
Pada usia 12 tahun, beliau mempelajari dan menghafaz kitab ‘Al-Muwattak’
Pada usia 15 tahun, beliau mengajar di Masjidil Haram ketika ketiadaan guru (Imam Muslim) dan mampu mengeluarkan fatwa
Menghabiskan zaman remajanya dengan menghadiri kelas agama
Mempelajari hadis dari Sufian b. Unaiyah dan Muslim b. Khalid Al-Zanji serta ilmu al-quran daripada Ismail b. Qistantin di Makkah
Di Madinah beliau telah belajar hadis daripada Imam Malik b. Anas dan Abdullah b. Nafik

Kegigihan menuntut ilmu
 Tekun menuntut dan rajin menghafaz ilmu
 Rajin mencari guru dari pelbagai tempat
 Sangat menjaga disiplin ilmu
 Cekal dan tabah menghadapi kepayahan menuntut ilmu
 Mendalami kesusasteraan Arab sehingga mahir
 Sanggup menghabiskan usia remajanya dengan
mempelajari pelbagai bidang ilmu
Guru-guru beliau dalam bidang hadis
 Sufiaan b. Unaiyah
 Muslim b. Khalid Az-Zanji
 Said b. Salam Al- Qadahi
 Daud b. Abdul Rahman
 Abdul Majid b. Abdul Aziz
 Ibrahim b. Abi Yahya
 Imam Malik b. Anas
Negeri yang dijelajahi oleh beliau dalam usaha mencari ilmu
 Iraq
 Parsi
 Palestin
 Mesir
 Mekah dan Madinah
 Kufah
 Baghdad
 Basrah
Sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam
 Mengasaskan kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
 Mempersempitkan penggunaan akal dalam sabitan hukum
 Berijtihad mengikut tempat dan suasana
 Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan
 Berhujah dengan puak anti-hadis dalam Ar-risalah

Kitab-kitab hasil tulisan Imam Syafie
 Al-Risalah
 Al-Umm
 Ikhtilaful hadis
 Al-Musnad
Imam Syafie digelar bapa usul fekah kerana beliau          
orang yang pertama menulis buku di dalam bidang  
tersebut iaitu Ar-Risalah.
Keistimewaan kitab Al-Umm
 Menjadi rujukan utama ilmuan Islam
 Susunan gaya bahasanya yang tepat, jelas dan mudah
difahami dalam membahaskan sesuatu perkara
 Membincangkan sesuatu perkara secara terperinci
 Kitab yang unggul kerana mengemukakan pendapat aliran                                     
mazhab Syafie yang jelas dan lengkap dengan dalil-dalilnya
Faktor beliau berusaha menyebarkan ilmunya
 Kesedaran tentang tanggungjawab berdakwah kepada      
orang ramai
 Melindungi hadis dari pemalsuan
 Galakkan dari Khalifah
 Perkembangan pendidikan, penulisan dan penterjemahan    
pada zaman itu
 Kebolehan beliau dalam pelbagai bidang seperti hadis,
fekah dan sebagainya          
Negara yang mengamalkan mazhab Syafie
 Malaysia
 Thailand
 Brunei
 Indonesia
Antara murid yang aktif menyebarkan fahaman Imam Syafie
 Ismail bin Yahya Al-Mazni
 Imam Al-Rabi’ bin Sulaiman
 Imam Abu Thur
 Ibrahim bin Khalid
 Imam Hasan bin Muhamad Al-Sobah

Tidak ada komentar: